Wednesday, July 1, 2009

Keindahan Ranah Minang di Sumatera Barat

Aku memang suka menziarahi kampung asal keturunanku di Sumatera. Bapaku berasal dari Riau manakala Ibuku berasal dari ranah minang di Sumatera Barat. Kampung halaman bapaku ialah di Kampung Padang Merbau, Koto Perambahan, Kacamatan Kampar, Kabupaten Kampar, Riau Indonesia.

Ibuku pula berasal dari Buo, Painan di Sumatera Barat.Maksudku ialah keturunan asal kami. Salasilah kami.Justeru itu aku kini dalam usaha menjejaki susur galur juntaian salasilah ini.
Telah lima tahun aku menjalankan kajian ini. Terutama ketika cuti panjang di penghujung tahun.

Tuesday, December 2, 2008

kembaraku

JELAJAH SABAH
Eksplorasi Alam Sekitar
15 hingga 22 ogos 2008

14 OGOS (khamis)

Aku mengambil kesempatan untuk ke Sabah buat kali kedua sejak tahun 2004 untuk mengenali negeri ini dengan lebih dekat lagi.

Seawal cuti persekolahan penggal kedua aku dan Joe berlepas ke Pulau Pinang dan bermalam di Bukit Gambir(Rumah Bang Chik) untuk memudahkan kami berelepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang. Malamnya aku bersembang dengan Abang Chik yang telah berjaya dengan perniagaannya berupa kedai makan yang besar di Batu Uban. Nurul Ikan Bakar , Batu Uban Penang.

Jumaat (15 Ogos)

Jam 8.30 pagi kami tiba di Airport dihantar oleh anak abang Syaril. Setelah selesai mengesahkan tiket kami bersarapan pagi di airport. Jam 9.30 kami menaiki pesawat Air Asia ke Kota Kinabalu. Perjalanan memakan masa 3 jam. Tentunya membosankan aku yang tak boleh lena dalam perjalanan. Aku selalu terlupa membawa bahan bacaan melainkan terpaksa membaca surat khabar sahaja.

Jam 1 tengahari kami selamat sampai di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kami menaiki teksi airport untuk Ke Hotel Bilton Inn. Selepas menguruskan diri dan solat kami keluar makan . Selepas makan ( agak mahal)kami bersiar-siar dan mengambil keputusan untuk melawat
Pulau Filipino. Pulau ini dihuni oleh pendatang asal Filipina sejak zaman Datuk Haris lagi.
Perkampungan Filipino di Pulau Pondok.